jump to navigation

Perkenalan Saya Dengan Produk Revell Agustus 14, 2006

Posted by revellbiz in produk.
trackback

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya nak bercerita pula tentang bagaimana saya mula tahu tentang Revell ni. Semuanya bermula semasa saya masih 1st year di IPTA.

Masa tu tahun 1997. Kak Ida (kakak kepada member Along i.e housmate saya) ada datang ke rumah sewa kitaorang untuk perkenalkan tentang produk Revell. Saya ingat time tu dia buat demo produk sabun Amin dan TM Drop.

Bila dia dah beria kempen dan tengok sabun tu memang berkesan, member saya (Yan) pun beli la sabun Amin Power dengan bedak kiddie, saya pulak beli TM Drop (Trace Mineral).

So, mulai hari tu saya pun start guna TM Drop yang mana saya titiskan dalam botol mineral yang biasa di bawa sebagai bekal ke kelas. Memang air tu tak rasa sedap lepas di isi dengan TM Drop ni, payau. Tapi memikirkan dah beli dan nak merasakan khasiatnya, saya teruskan jugak.

Dalam masa 2 minggu, saya selalu rasa sakit tekak dan keluar kahak, rupa-rupanya ia adalah salah satu tindabalas TM yang ingin menstabilkan semula fungsi badan kita.

Lepas 2 minggu, badan dah mula rasa segar dan takde la mengantuk sangat semasa di kelas. Migrain pun dah berkurang sikit. Tapi, tak sampai 2 bulan saya stop. Kenapa? Biasala , bila dah rasa badan dah ok sket, malas pun datang la.. lama-lama botol tu tersimpan je dalam almari.

Bila saya nak berpindah rumah, masa berkemas terjumpa la botol TM tu, tapi saya tak buang sebab kak ida kata TM Drop ni takde expired date. Jadi, saya simpan je sebab terpikir sayang nak buang. Lagipun bukannya ia tak berkesan, cuma saya je yang malas nak guna.

Lagi satu, sabun basuh amin yang member saya (Yan) beli, memang best sebab walaupun dia rendam baju semalaman, tak berbau pun. Saya selalu jugak mintak sikit daripada dia. Lagipun sekotak tu tahan lama, rasanya lebih 3 bulan kitaorang guna. Maklumla student lagi, banyak mana sangat baju yang hendak dibasuh. Bedak kiddie tu pun sedap jugak bau nya.

Jadi, bila tahun 2004 saya tahu tentang Cybershop2u dan kebetulan ia memilih syarikat Revell. Saya jadi excited sebab saya memang pernah gunakan produknya. Dan memang puas hati dengan mutu dan kesannya.

Walaupun saya tak join masa tu, saya dah mula mencari semula botol TM Drop yang saya beli tahun 1997 dulu yang terperuk dalam almari. Saya tengok macam ada mendakan sket kat bawah tapi bila dititiskan dalam air masih sama – payau!

Jadi, saya mulakan azam untuk guna semula TM Drop tu dan mula rasa keberkesanannya dalam masa 2 minggu. Means, walaupun dah tersimpan hampir 7 tahun, keberkesanannya masih tak berubah!

Ia sebenarnya membuatkan saya memang tertarik hati dengan Revell. Tapi, atas beberapa sebab saya menangguhkan dulu penyertaan saya dengan Cybershop2u. Hanya pada tahun 2005 baru saya menyertai Revell dan kini sudah 1 tahun 8 bulan saya menjalankannya secara sambilan.

Dan pastinya TM Drop adalah antara produk Revell yang menjadi kegemaran saya sebab ia terbukti berkesan untuk  kegunaan luaran dan dalaman. Maklumat lanjut tentang produk TM ada di  web ini.

Sekarang saya amalkan TM Drop dengan menitiskannya didalam minuman jus seperti oren, mangga dan grape. Jadi, takde la rasa payau sangat.

Okla, rasanya dah banyak yang saya tuliskan hari ini. Semoga anda akan berjaya dan ceria selalu.

Kejayaan Saya, Tanggungjawab Saya!

>> Info & Pradaftar PERCUMA Cybershop2u.net sila klik disini <<

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.