Mengapa Saya Menyertai Perniagaan ini? Agustus 11, 2006
Posted by revellbiz in Personal.trackback
Sebenarnya saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa sejak Jun 2004. Dalam tempoh itu, saya mencari pelbagai peluang yang boleh memberikan pendapatan sampingan kepada saya tanpa memerlukan saya meninggalkan rumah.
Banyak program yang telah saya sertai samaada secara pos mahupun online. Tetapi, semuanya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Semasa membuat pencarian, saya bertemu dengan perniagaan MLM yang dijalankan secara online dengan konsep Autodownline.
Dimana ahli hanya perlu mempromosikan laman web yang diberikan dan perkara lain diuruskan oleh penganjur. Akhirnya saya memilih untuk menyertai Revell bersama Team700 dan Cybershop kerana pelbagai sebab yang saya kira juga sesuai untuk anda juga. Antara sebab-sebab mengapa saya menyertai program ini ialah;
1) Syarikat Revell Sdn. Bhd yang dipilih oleh pihak Cybershop2u adalah sebuat syarikat yang memang kukuh dan mempunyai rekod yang sangat baik. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1988 (kini sudah 18 tahun) dan ia memberikan saya keyakinan bahawa ia adalah satu syarikat jualan langsung (MLM) yang tulen.
Dengan itu,saya tidak ada risiko akan terlibat dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim piramid yang bertopengkan MLM. Saya pernah membaca satu panduan yang mencadangkan bahawa kita memilih syarikat MLM yang beroperasi melebihi 5 tahun kerana ia telah kukuh dan stabil.
2) Maintain bulanan yang dikenakan adalah sangat rendah (50PV) sahaja. Lagipun, lebih 80% produk mempunyai nilai 1PV=RM1.Ini bermakna saya hanya perlu mengeluarkan modal RM50 sahaja setiap bulan. Ia sebenarnya bukan modal.. kerana barangan yang dibeli sebenarnya ialah barangan yang memang kita akan tetap gunakan walaupun kita tidak sertai perniagaan ini. Apa yang saya lakukan hanya perlu bertukar kedai sebahagian barangan keperluan kepada barangan Revell
3) Rangkaian Produk Revell yang pelbagai pada harga yang sangat berpatutan.
Dengan lebih 300 pilihan produk, memang tidak sukar untuk membuat pilihan apakah produk yang ingin dibeli. Pada saya ia tidak telalu banyak hingga menyukarkan untuk membuat pilihan atau terlalu sedikit sampaikan tak tau apa yang hendak dibeli. Harganya yang berpatutan juga menyebabkan saya rasa berbaloi untuk bertukar jenama produk.
3) laman web CS2U yang sangat profesional, up-to-date dan telus. Pertama kali saya lihat laman web CS2U memang saya sudah terasa kelainannya. Bagi saya ia begitu profesional dan telus kerana walaupun saya belum membuat pradaftar, saya masih boleh mendapatkan maklumat terpeinci mengenai program ini.
Ini secara tidak langsung akan membuatkan saya yakin bahawa founder dan kumpulannya benar-benar serius menjalankannya dan ingin membantu ahlinya berjaya bersama-sama.
4) Saya juga boleh membuat pembelian produk secara online, dan ia memudahkan kerana produk akan dihantar terus ke rumah..tak perlu ke stokis dan caj yang dikenakan adalah berpatutan (sangat berbaloi untuk mereka yang takde masa atau takde kenderaan.. jugak jauh dari stokis)
5)Saya juga boleh semak perkembangan kumpulan saya dan prestasi setiap downline saya secara online melalui Revell Distibutor e-Office yang disediakan oleh pihak syarikat.
Selain itu, saya juga boleh memantau prospek yang berminat melalui sistem cs2u yang canggih dimana saya akan dimaklumkan tentang pra-daftar dan ahli baru secara automatik melalui email dari pihak Cybershop2u.net. Ini memudahkan saya membuat follow up kepada prospek dengan lebih berkesan.
6) Walaupun cs2u dijalankan secara offline, namun para pemimpin di CS2U turut mengadakan pelbagai perjumpaaan mingguan/bulanan/bengkel secara offline dan ini memudahkan perbincangan sesama ahli.
Walaupun saya sendiri masih beklum berkesempatan menyertai mana-mana perjumpaan ini, saya masih tetap boleh mendapatkan bantuan dan maklumat melalui forum, Y!group selain berhubungan dengan para upline yang sememangnya sedia membantu (asalkan kita ingin dibantu)
7) Selain pelbagai bantuan dan tools dari Cybershop, Upline saya (En. Norazman Shahir – founder Team700) turut bersedia memberikan sokongan dan bantuan (online dan offline) yang banyak membantu saya menjalankan perniagaan ini. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas didalam bidang pemasaran internet sehinggga telah menghasilkan sebuah ebuku bertajuk “Rahsia Pemasaran Melalui Internet”.
Okla, dah agak panjang posting saya pada hari ini. Anda boleh membaca testimoni dari sebahagian ahli Team700 di sini dan untuk pendapat mengenai cs2u anda boleh semak di sini.
Kejayaan Saya, Tanggungjawab saya!
>> Info & Pradaftar PERCUMA Cybershop2u.net sila klik disini <<
Komentar»
No comments yet — be the first.